Saturday, January 28, 2012

Monday, January 9, 2012

Terma Dan Syarat




PENTING  : TERMA DAN SYARAT 

1. Isi butiran anda pada Borang Tempahan dengan lengkap. SILA HANTARKAN BUTIRAN DAN PELAN LOKASI (dilukiskan secara draf) ke alamat e-mail kami : blogkadkahwin@yahoo.com

2. Hubungi Pihak Kami (012 318 4775), untuk mengesahkan butiran tempahan melalui email pihak anda.

3. Art Work akan diemailkan kepada anda untuk tujuan semakan dan pengesahan. Sila Balas/Reply email jika ada pembetulan atau kesilapan draf yang dihantar. Pihak anda dinasihatkan agar membuat semakan draf yang dihantar dengan teliti. Pihak kami akan mencetak pada draf terakhir. Sebarang pembetulan / perubahan selepas pengesahan rekacetak (artwork) TIDAK akan dilayan. Pemberitahuan melalui SMS atau pangilan talifon tidak akan diambil kira, semua pemberitahuan mengenai pembetulan / perubahan hanya melalui email (blogkadkahwin@yahoo.com).

4. Sila pastikan anda telah membuat bayaran PENUH dari harga keseluruhan sebelum proses mencetak. Kami hanya akan memulakan proses mencetak setelah anda membuat bayaran yang sepatutnya.


5. Hubungi kami untuk membuat pengesahan bayaran dengan butiran bayaran seperti tarikh dan masa bayaran dibuat melalui SMS atau e-mail ( nyatakan sekali nama pengantin ) 

6. Kad yang telah siap dicetak, akan dimaklumkan melalui sms atau panggilan talifon.. Pembatalan tempahan selepas cetakan tidak akan dilayan.
proses penghantaran 5-10 hari bekerja selepas proses cetak dilakukan.

7. Art Work hanya akan di proses setelah semua detail dan pelan telah lengkap dihantar.
i.              7 hari bekerja : proses rekacetak / draft design (selepas butiran legkap)
ii.            7 hari bekerja : proses cetakan / print (selepas pengesahan artwork). 
iii.           7 hari bekerja : proses penghantaran / delivery ( selepas proses cetak dilakukan )

Anda dinasihatkan menghubungi pihak kami untuk mendapatkan perkembangan proses kad anda didalam masa yang yang telah ditetapkan.

8. Deposit tempahan TIDAK akan dikembalikan sekiranya  pihak anda membatalkan tempahan kad. JIKA PEMBATALAN tempahan dari PIHAK KAMI,  Pihak kami akan mengembalikan Deposit anda selepas 10 hari bekerja (dari tempoh pembatalan tempahan).

9. Setiap pertukaran reka cetak/design akan dikenakan bayaran sebanyak RM30 untuk satu pertukaran. Setelah atau sebelum pihak anda menerima draf daripada pihak kami. Sebelum membuat sebarang tempahan, Anda dinasihatkan memilih design kad anda dengan TEPAT bagi mengelakkan sebarang kekeliruan., 

10. Free gift dari pihak kami, seperti bunting / banner dll. , akan diberikan atas budibicara atau selagi stok masih ada. (design / reka bentuk dan size akan ditentukan oleh pihak kami). 
Untuk kepuasan hati anda, pihak kami menasihatkan anda membuat tempahan bunting / banner berasingan bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang akan menggangu proses majlis anda. Pihak Kami TIDAK akan bertanggung jawab diatas sebarang permasalahan yang berkaitan dengan “free gift” yang tidak diterima dari pihak kami.

11. Kami berhak untuk membatalkan tempahan pihak anda sekiranya tempahan anda terlalu rumit atau terlalu mendesak dan tidak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Pihak kami akan mengembalikan Deposit anda selepas 14 hari bekerja.. Pembayaran semula diposit adalah tertaluk kepada kos rekacetak dan kos kerja yang telah pihak kami jalankan.


12. Pihak kami hanya akan melayan tempahan segera dengan Tambahan bayaran sebanyak  RM150 (urgent), kami TIDAK akan melayan sebarang permintaan cetakan segera secara lisan tanpa sebarang bayaran.

13. Tidak Semua harga termasuk kos penghantaran. Kecuali dimaklumkan.

14. Setiap SMS kepada pihak kami, sila pastikan tulis nama anda dan pasangan untuk rujukan dan semakan kami.

15. Setiap tempahan yang anda lakukan. Pihak kami akan menganggap anda telah bersetuju dan memahami diatas semua terma dan syarat yang telah kami tetapkan. Anda dinasihatkan memahami semua terma dan syarat supaya TIDAK ada isu berbangkit dan sebarang kesulitan atau penipuan.

16. Kami juga berhak untuk membuat sebarang aduan kepada pihak yang berkuasa diatas sebarang pelangaran terma dan syarat yang telah ditetapkan.

** Pihak kami berharap, pihak pelanggan dapat menghormati segala terma&syarat yang telah ditetapkan, Semoga semua proses berjalan dengan lancar tanpa kecelaruan. Butiran pada terma & syarat akan berubah jika terdapat sebarang perubahan dari masa kesemasa  mengikut keadaan dan kesesuaian.**

Kos Penghataran: (untuk harga yang tidak termasuk kos penghantaran)
- Skynet : Malaysia (Bergantung pada berat dan jarak dari Kajang, Selangor)

Kos Reka cetak / Design
- Free : Design sedia ada.
- RM100 keatas, Bergantung kepada qualiti reka cetak.
- RM100 tambahan bagi setiap perubahan reka cetak selepas pengesahan tempahan.

Kos Tambahan Cetakan Kad Segera (urgent)
- Siap cetak dalam 5 hari bekerja : Tambahan RM 100 dari harga kad biasa


PENTING :
BAKAL PENGANTIN DINASIHATKAN MEMBUAT TEMPAHAN SEAWAL MUNGKIN, BAGI MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH YANG TIDAK DIJANGKA. 
PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB DI ATAS SEGALA KELEWATAN PENGHANTARAN YANG BERPUNCA SELAIN DARIPADA TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. 

Terima Kasih
www.blogkadkahwin.blogspot.com
Email : blogkadkahwin@yahoo.com